Monday, January 17, 2011

Menyelami Rasa Hati

'Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah perasaan yang murni, luhur dan diperlukan. Yang buta adalah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa suatu pertimbangan. Janganlah mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati di kala musim berganti. Cintailah seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.'


Sungguh berat rasa hati ini. Aku sendiri keliru dengan perasaan aku sendiri. Aku mencintai dia tapi dalam masa yang sama aku berasa sunyi. Kenapa aku rasa dia semakin jauh dariku? Satu perasaan yang begitu sukar untuk aku gambarkan dengan kata-kata.


Aku tau aku dah banyak lukakan hatinya. Aku tau aku hanya pentingkan perasaan aku sendiri. Tanpa sedar dia makan hati dengan perangai aku. Apa nak jadi dengan aku ni? Aku x pandai jaga hati dia. Sedangkan dia x pernah buat aku macam ni. Aku tau dia terasa. Aku tau dia memendam rasa. Aku tau dia merajuk dengan aku. Cintanya terhadap aku semakin luluh sebagaimana luluh hatinya terhadap aku. Cuma aku yang x faham-faham. Cuma aku yang x ambil peduli. 


Cinta itu tidak menyakitkan. Tapi hati menjadi sakit tatkala orang yang kita cintai itu semakin menjauhkan diri dari kita. Biarpun jasadnya jauh tapi hati tetap bersatu dalam satu jiwa.


Aku x mampu berbuat apa-apa. Tiada kata-kata yang mampu mengubati hatinya yang parah. Ini semua salah aku! Bahagiakah aku menyakiti hati orang yang aku sayangi? Orang yang aku cintai? Ke mana aku campak semua janji-janji aku untuk menjaga dirinya seperti nyawa aku sendiri?


Apa yang aku mampu buat sekarang? Rajuk hatinya dah menjadi parah. Dia tak dapat lupakan dosa-dosa yang telah aku lakukan terhadap dia. Aku tau bukan mudah untuk dia lupakan semua tu. Aku sanggup tunggu dirinya selama mana pun. Aku sanggup tunggu selama mana hatinya untuk sembuh dari luka yang aku sendiri lakukan. Hakikatnya aku memang x pandai dalam percintaan. 


  "Aku akan menanti dirimu sayang. Aku tak mampu untuk bersendirian tanpamu. Maafkanlah diri ini kerana terlalu banyak menyakitkan hatimu. Terimalah diri ini kembali sayang. Hatiku hanya ada padamu. Aku dah x mampu menanggung rindu. Teramat rindu. Setiap langkah aku menjadi berat. Setiap rasa hatiku menjadi sarat. Apa aku buat sepanjang hari serba x kena. Jiwa terasa kosong. Hidup aku x lengkap tanpa dirimu sayang..Aku merindui dirimu seperti dulu. Aku mahukan dirimu kembali seperti dulu. Aku terlalu sayangkanmu. Tolong jangan tinggalkan aku. Aku tiada tempat untuk berkongsi kasih selain dirimu. Hangatkanlah kembali cinta ini seperti dulu. Jangan biarkan cinta ini terbiar layu..Maafkan diri ini..Aku benar-benar menyintai dirimu sayang.."


Salam,
Scha